SOALAN YG BIASA DITANYA
Jika Ya! Sertailah MyMode Sekarang! Dan Lupakan Sahaja Kedai Prepaid Yang Anda Kunjungi Selama Ini! Anda Juga Boleh Dapat Untung Seperti Mereka!





Jika Selama Ini Anda Hanya ‘Menguntungkan’ Tokei Kedai Prepaid Yang Sudah Sedia Kaya (Tak Kaya Mana Pun), Mengapa Tidak Sertai Kami Dan Jana Pendapatan Lumayan Bersama Sistem Tambah Nilai MyMode! Usah Buang Masa Anda Ke Hulu Hilir Demi Sekeping Kad Prepaid Berharga RM5.00, Sedangkan Anda Boleh Membelinya Melalui SMS! Duduklah Depan TV Sambil Berbaring Dengan Keluarga & Anak-anak Tanpa Perlu Risau Kredit Anda Habis.
CARA LAMA ANDA: Kunjungi Kedai Prepaid,Buang Masa Anda Aje
CARA MyMode: Dengan SMS,Cepat,Pantas,24 Jam,Di Mana Aje

Ubah Minda, Ubah Fikiran, Tukarkan Gaya Membeli Prepaid Anda, dan
Jadikan Telefon Anda Sumber Pendapatan!
SOAL JAWAB MYMODE…
Nota: Sila BACA & FAHAMI terlebih dahulu bahagian ini jika anda inginkan penjelasan lanjut mengenai PrepaidCard2U.Com dan Kaedah Tambah Nilai MyMode. Rujuk bahagian [FORUM] untuk sesi soal jawab jika persoalan tidak dijawab di sini. Anda juga boleh menggunakan saluran Chatting Yahoo Mesengger bersama Team Administrator untuk maklumat lanjut. Harap maklum!
JANGAN Sesekali Anda TERTIPU !
Sekarang ini ramai yang terpedaya dengan Skim-Skim Pelaburan Internet yang tidak mempunyai Lesen Perniagaan Yang Sah dan tidak tahu sumber pelaburan tersebut. Sistem Tambah Nilai MyMode yang kami jalankan ini TIDAK Mempunyai Sebarang Kaitan Langsung dengan sebarang Unsur-unsur Penipuan, Skim Pelaburan Internet, Skim Cepat Kaya, Pyramid System, Binari Pair System dan yang melibatkan Aktiviti Pengumpulan Wang Deposit Haram. Sila rujuk Laman Web Rasmi Asia Mobile Commerce (M) Sdn Bhd untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai apa yang kami jalankan ini. Anda juga boleh terus ke Ibu Pejabat Asia Mobile Commerce jika inginkan penerangan dan bukti kewujudan Sistem Tambah Nilai Prabayar MyMode ini.
1. Siapakah PrepaidCard2U.Com ini?
Prepaidcard2U.Net adalah sebuah sistem 3rd party Mymode yang di asaskan oleh En. Zulhilmi Abd Ghafar bagi membantu mereka yang ingin menceburi perniagaan SMS Prepaid Mymode. Sistem ini dilengkapi dengan website replika percuma, Sistem Randomizer bagi pelawat yang datang tanpa penaja/referral ID, Sistem matrix downline, dan lain-lain lagi. Kemudahan ini tidak akan anda dapati dari Syarikat Mymode sebaliknya hanya sekiranya anda berdaftar di bawah PrepaidCard2U.Net sahaja.
2. Apa MyMode ni?
Mymode adalah satu system yang membolehkan anda reload prepaid hanya menggunakan SMS sahaja di samping memperoleh rebate/komisen di mana sahaja, so lebih jimat dari beli di kedai.
3. Bagaimana nak join?
Nak join mymode senang sahaja, sebelum kita dapat kemudahan reload prepaid menggunakan SMS, kita kena beli system die terlebih dahulu, untuk dapatkan system ini kita perlu membayar kepada sponsor atau penaja sebanyak RM65 (bayaran seumur hidup) ke akaun bank penaja dan bukannya ke akaun bank company. Selepas inform payment tersebut kepada penaja. Penaja tersebut akan send satu sms jemputan untuk join mymode, anda perlu reply YES sahaja pada message tersebut. Selepas itu anda akan mendapat 4 digit no pin dan juga percuma modal permulaan rm11.
rm11 modal permulaan ni dah boleh guna untuk topup hp anda, selepas anda topup rm10 tinggal lagi rm1 dah xboleh topup lagi kan? so anda kena rolling modal @ masukkan duit ke dalam akaun mymode anda, caranya ada di bawah ini.
4. Kenapa perlu dapatkan system MyMode tu?
Ramai yang masih tidak menyedari perkara ini. Perumpamaan paling jelas, masa anda beli HP baru dulu, untuk membuat call dan juga sms, anda perlu membeli simcard barulah dapat membuat panggilan dan sms tersebut. Simcard itu adalah system yang membolehkan anda call dan juga sms. Harga simcard rm10 dan di beli sekali sahaja seumur hidup, dan akan mendapat percuma airtime rm5 (contoh). Perkara ini sama sahaja dengan system mymode.
5. Bagaiamana saya boleh mula jual topup nanti?
Selepas anda memperoleh 4 digit no pin dari mymode anda dah boleh start jual prepaid (bagi yang berminat nak jual) dengan menggunakan format sms yang di ajar dalam guideline lengkap prepaidcard2u.
Contoh membeli topup maxis eload rm10:
1234 M 10 to 0123456789
Then send ke no gateway/server mymode( ada dlm guideline nanti)
6. Ok, lepas dah jual topup duit yang kita dapat tu nak bagi kat sapa?
Ramai yang keliru, menjadi ahli mymode bukan bermaksud kita tolong jual produk mymode. Sebelum anda dapat jual prepaid topup ni, anda perlu ada stok/modal di dalam akaun mymode amda. Akaun mymode anda ni adalah akaun maya yang berada dalam hp kita selepas register payment rm65. So duit yang anda jual topup tu adalah duit anda.
7. Bagaimana cara nak masukkan duit tu dalam akaun MyMode nk buat modal?
1. Masukkan wang ke akaun bank syarikat MyMode:
Bank: MayBank Berhad
Nama: ASIA MOBILE COMMERCE PRIVILEGE (M) SDN BHD
No akaun: 564052403623
Hantar arahan SMS ini untuk memberi tahu MyMode: Arahan SMS: PIN<jarak>bank<jarak>mbb<jarak>tarikh<jarak>masa<jarak> jumlah_yang_dimasukkan(tanpa perkataan ‘RM’)
Contoh: 1234 bank mbb 0101 143209 500 Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.
2. Menggunakan menu MyMode yang tertera di srin mesin ATM Maybank, boleh rujuk : http://simurl.com/maybank2u
3. Menggunakan Transfer online ke akaun MOBILE BANKER, semua jenis bank available, boleh rujuk di bahagian agent kelak.
8. Berapakah harga prepaid yang dikenakan bagi mereka yang telah menjadi Agent Mymode?
Anda tetap akan dikenakan harga pasaran. Contohnya jika anda membeli prepaid Maxis RM60, company tetap menolak RM60 daripada credit Mymode anda. Bezanya setiap produk ini tadi mempunya nilai PV(point value) masing-masing. Sebagai contoh, PV bagi prepaid Top-Up Maxis 60 adalah sebanyak RM1.80. Jumlah inilah yang akan dikumpulkan dan dikembalikan semula kedalam credit mymode anda dalam bentuk bonus pada setiap minggu mengikut pengiraan tertentu sepertimana yang terdapat dalam Pelan Pemasaran Mymode.
9. Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?
Bonus di kumpul dari hari isnin hingga ahad dan dibayar ke akaun “MyPoints” anda pada hari khamis berikutnya. Ini bermakna pembayaran dilakukan 4 kali dalam sebulan. Walaupun bonus ini diberikan dalam bentuk credit Mymode, namun anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda. Pastikan anda maklumat akaun bank anda kemaskini dan tepat. Sila login ke ruangan ahli di portal rasmi MyMode di http://www.mymode.com.my/
10. Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan? Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid atau boleh di CASH kan?
Bonus diberikan dalam bentuk credit Mymode. Anda boleh menggunakan credit ini untuk tujuan pembelian Kad Prepaid atau untuk tujuan pendaftaran ahli baru. Dengan urus niaga tunai dengan pelanggan simboliknya bonus tadi akan menjadi wang tunai juga ke tangan anda. Walau bagaimanapun sekiranya nilai ini terlalu banyak contohnya bonus mingguan anda telah mencecah 3-4 ratus seminggu, anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda.
11. Apakah yang saya perlu jika saya ingin menaja Agent baru?
Untuk menaja anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada MyMode. Sila rujuk bahagian Arahan SMS untuk keterangan lanjut. Sebelum menaja pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Ini kerana setiap kali anda menaja, RM65 akan ditolak dari baki akaun MyMode anda.
Jadi tajaan anda perlu membayar RM65 kepada anda dahulu dan anda masukkan jumlah ini kedalam akaun MyMode anda. Ejen baru akan mendapat nombor PIN dari MyMode melalui SMS dan penyata baki RM11, tertera dalam akaun MyMode ejen baru untuk modal permulaan.
Anda juga mendapat komisen penajaan sebanyak RM10.00 yang akan di masukkan terus kedalam akaun Mymode anda.
12, Bagaimanakan cara untuk berjaya dalam program ini?
Terdapat tiga cara utama untuk berjaya dalam MyMode iaitu melalui:
1. Mengguna Produk
Anda boleh menggunakan produk MyMode sendiri dengan menambah nilai (top up) telefon bimbit anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat komisen, bukan tuan punya kedai.
2. Menjual
Pendapatan anda akan bertambah apabila anda menjual produk MyMode kepada orang lain. Mereka akan top up telefon bimbit mereka melalui anda, bukan lagi kedai telefon dan anda akan mendapat komisen .
3. Menaja (recommended)
Menaja ejen baru merupakan satu-satu cara yang membolehkan anda melipat-gandakan pendapatan anda. Perniagaan berkonsep MLM ini akan membolehkan anda memperolehi pendapatan sehingga ribuan ringgit melalui penajaan. Ini kerana anda mendapat komisen bagi setiap produk yang dijual atau setiap penajaan yang dilakukan oleh anda dan ejen dibawah anda.
**Jika anda tidak suka untuk menjual dan menaja, cukuplah sekadar menggunakan system mymode ini untuk HP anda sendiri sahaja. Anda tetap akan mendapat komisen, dengan ini harga prepaid yang anda beli menggunakan system MyMode ini lebih murah berbanding harga di kedai.
13, Siapakah yang boleh Aktifkan Sistem Tambah Nilai MyMode ini?
Semua Pengguna Telefon Bimbit talian 012/017/013/019/014/016 boleh menyertai MyMode termasuk pengguna Prepaid (prabayar) dan Postpaid (pascabayar). Keperluan untuk mahir dalam penghantaran SMS sangat penting kerana Sistem Tambah Nilai Prabayar MyMode menggunakan sistem SMS sepenuhnya. Keperluan untuk mahir dalam Penggunaan Internet adalah pilihan, jika anda tidak mempunyai internet di rumah anda masih boleh menggunakan SMS untuk menggunakan Sistem Tambah Nilai MyMode ini. Tiada had umur minima ataupun maksima untuk menyertai MyMode di PrepaidCard2U.Com. Asalkan anda adalah pengguna Telefon Bimbit, maka anda layak untuk menyertai kami dan mengaktifkan Sistem Tambah Nilai Prabayar MyMode ini. Kami menggalakkan semua golongan menyertai MyMode dan mengaktifkan sistem ini sebagai satu kemudahan untuk anda, dan seterusnya menjana pendapatan yang lumayan dari penggunaan kad prepaid.
14. Apakah Teras Sistem Tambah Nilai Prabayar MyMode?
MyMode mengamalkan Konsep Perniagaan Berperingkat, (Multi-Level Marketing), dan menumpukan perkhidmatan dan produk dalam Bidang Telekomunikasi . Sebagai Agen MyMode berbayar, anda boleh membeli / menjual / mengguna produk mudah alih Prepaid MyMode tanpa perlu membuka rumah atau kedai dan tanpa perlu menyimpan stok. Produk Prepaid yang ditawarkan adalah: Maxis, Celcom, iTalk Mobile, TMNet Prepaid dan Jaring Prepaid. Semua produk prepaid ini boleh dibeli hanya dengan menghantar SMS ke Pelayan Gateway MyMode. Produk mudah alih di atas adalah untuk Fasa 1 perkembangan Asia Mobile manakala produk yang akan ditawarkan dalam Fasa ke-2 dan ke-3 Asia Mobile ialah Mesej Bergambar, Games, Mobile Auction, Mobile Finder, Prepaid MiTV, Mobile Chat dan SMSTV.
15. Berapa banyak pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?
Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan lebih ramai ejen dibawah anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat dibawah anda!
16. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan Post paid, adakah saya masih boleh menyertainya?
Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan agent baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari pembelian produk daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.
19. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?
MyMode diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat kukuh iaitu Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd. Telah diasaskan semenjak 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia. MyMode telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen di Malaysia untuk tahun 2004 dan pada tahun 2005 sahaja telah meningkat kepada 155,000 orang! Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode. Anda boleh menghubungi MyMode secara terus. MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
20. Dimanakah lokasi syarikat?
Syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd beribu pejabat di alamat C1-1, Dataran Palma Ampang, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila rujuk peta dibawah

Soalan-soalan Lazim Dari Agent Mymode
1. Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?
Anda perlu login ke http://www.mymode.com.my/ dengan menggunakan :
Mobile No: (Nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan dalam pendaftaran)
Password: (Nombor PIN empat angka yang diberi oleh MyMode melalui SMS)
Kemudian pergi ke bahagian ‘Edit Profile‘ untuk mengemaskini maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat, no telefon, akaun bank untuk pembayaran bonus dan sebagainya.
Download Starterkit Lengkap Mymode beserta arahan bergambar tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan mymode dengan berkesan. Terdapat juga tips-tips, simulation pengiraan bonus, pelan pemasaran dan lain-lain lagi. Perlu di ingat, Starterkit ini hanya diberikan kepada Agent Mymode yang berdaftar dibawah group kami sahaja. Anda tidak berhak menuntut StarterKit ini sekiranya yang telah mendaftar sebagai Agent Mymode dengan group lain kerana ini bukan disediakan oleh syarikat sebaliknya inisiatif kami sendiri untuk mengembangkan downline kami.
2. Adakah saya perlu membuka akaun Maybank untuk berurus niaga dengan syarikat?
Tidak, anda boleh menggunakan akaun bank sedia ada. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, maka anda perlulah membuka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Dan urusan dengan syarikat masih boleh dibuat dengan menggunakan ATM Machine. Kelebihan kepada pemegang kad ATN Maybank Kawanku, kerana menu untuk menambah prepaid Mymode telah dimasukkan kedalam sistem ATM berkenaan.
Maklumat akaun bank anda boleh di masukkan ke dalam akaun MyMode anda dengan login ke http://www.mymode.com.my/. Bank akaun diperlukan untuk tujuan pemindahan prepaid point dari akaun MyMode ke dalam akaun bank anda dalam bentuk wang tunai.
3. Apakah produk-produk yang boleh saya jual?
Anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah:
Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, TMTouch dan kad-kad reload, kad IDD/STD, Topup Jaring, Tmnet Prepaid, dan bermacam lagi. Barangan yang akan ditawarkan dalam fasa 2 dan 3 ialah Prepaid bil APi/Air, MiTV Prepaid, Mobile Auction, Mobile Finder, Mobile Chat dan SMSTV.
Sila rujuk bahagian Produk untuk senarai produk yang boleh anda jual.
4. Bagaimanakah pembelian dan penghantaran produk dilakukan?
Pembelian dan penghantaran semuanya dilakukan melalui arahan SMS. Anda boleh menhantar arahan SMS pada bila-bila masa ke server Gateway Mymode yang beroperasi 24/7. Anda akan mendapat nombor PIN Top-Up 14 digit yang kebiasaannya terdapat pada kad guris prepaid topup dalam bentuk SMS juga samada ke Handphone anda atau ke Handphone pelanggan berdasarkan arahan SMS yang anda masukkan.
Sila rujuk kepada bahagian Arahan SMS untuk keterangan lebih lanjut. Jika tidak ada kesesakan atau gangguan talian, penghantaran produk melalui SMS dilakukan hanya dalam 10 ke 30 saat!
5. Apakah yang saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya atau pelanggan saya?
Pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Setiap kali anda menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk reload, jumlah yang anda reload (harga kad prepaid yang anda ingin beli) akan ditolak dari baki akaun MyMode anda (bukan akaun bank atau credit prepaid handphone). Dalam masa yang sama, anda akan mendapat komisen hasil daripada pembelian ini yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyMode anda pada setiap minggu. Untuk menambah nilai dalam akaun MyMode anda sila rujuk soalan 13 dibawah.
Anda perlu menghantar tempahan melalui arahan SMS seperti berikut:
Arahan SMS: no_PIN_anda<jarak>kod produk<jarak>kuantiti
Contoh untuk membeli 2 keping prepaid Maxis30: 1234 M30 2
Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gatewy mymode.
Untuk kod produk, sila rujuk kepada bahagian Produk .
Setelah menghantar arahan ini, anda akan menerima jawapan dari MyMode beserta no PIN Top-up dan arahan bagaimana untuk menambah nilai kredit telefon bimbit berkenaan
.
6. Jika saya tidak mempunyai downline atau tidak menaja, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?
Anda masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid. Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan hingga ribuan ringgit, anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran kewangan yang anda terima. Dengan downline yang ramai akan menerima pelbagai bonus seperti Personel Retail Discount, Overriding Bonus, Unilevel Bonus, CM Club Bonus, mobilpreneur incentive, leadership incentive dan banyak lagi.
Untuk mendapat pulangan yang lumayan sebenarnya tidaklah terletak kepada berapa banyak anda mampu jual atau berapa banyak prepaid yang anda gunakan. Kerana keuntungan jualan runcit samalah seperti anda menjual nasi lemak di pasar malam (single Level Marketing).
Kunci kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana keuntungan runcit tadi apabila ditambah dengan elaun tajaan, digandakan pula dengan bonus star CM, dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-susah di pejabat. Sebaliknya hanya goyang kaki dirumah. Jadi fikirkanlah samada anda telah cukup selesa dengan keadaan anda sekarang!
7. Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan? Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid atau boleh di CASH kan?
Bonus diberikan dalam bentuk credit Mymode. Anda boleh menggunakan credit ini untuk tujuan pembelian Kad Prepaid atau untuk tujuan pendaftaran ahli baru. Dengan urus niaga tunai dengan pelanggan simboliknya bonus tadi akan menjadi wang tunai juga ke tangan anda. Walau bagaimanapun sekiranya nilai ini terlalu banyak contohnya bonus mingguan anda telah mencecah 3-4 ratus seminggu, anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda.
8. Bagaimanakah untuk mengeluarkan prepaid point (wang) dari akaun MyMode saya ke akaun Bank saya?
Bonus dan komisen anda dikira setiap hujung minggu dan dimasukkan terus ke akaun Mymode anda dalam bentuk ‘prepaid point’ (1 prepaid point = RM1.00). Anda boleh mengeluarkan bonus dan komisen terkumpul anda dengan menghantar arahan SMS berikut:
Arahan SMS: No_PIN_anda<jarak>cash<jarak>jumlah_yg_dikeluarkan( tanpa perkataan ‘RM’)
Contoh: 1234 cash 1000
Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode
Setelah arahan anda diterima, jumlah tersebut akan dipindahkan ke akaun bank yang anda telah sediakan dalam profile anda. Jadi pastikan maklumat bank anda adalah tepat.
*Setiap pemindahan wang dari akaun MyMode anda ke akaun bank anda, akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah ini akan ditolak terus dari jumlah yang anda keluarkan. Anda akan diberitahu melalui SMS selepas wang tersebut masuk ke dalam akaun bank anda.
9. Apakah prepaid Points (PP)?
Prepaid Points atau PP merupakan sistem pembayaran yang ditawarkan kepada ejen MyMode. Para ejen boleh mengumpul dan menggunakan PP untuk membeli produk-produk MyMode secara online dan melalui SMS tanpa menggunakan wang tunai atau kad kredit.
Setiap kali anda menerima komisen atau bonus, anda akan dibayar dalam bentuk PP. PP dikumpul didalam akaun MyMode anda yang boleh dipindahkan ke akaun bank yang anda tetapkan. Anda juga boleh menambah nilai PP anda dengan memasukkan wang ke akaun syarikat. Sila rujuk soalan 13 untuk keterangan lanjut. 1PP bersamaan dengan RM 1.
10. Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan telefon lain kerana saya tetap menggunakan PIN yang sama dalam arahan SMS saya kepada MyMode?
Tidak boleh. Anda perlu menggunakan telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan MyMode. Jadi anda perlu tambah nilai telefon bimbit yang kehabisan kredit itu sebelum anda boleh berurusan dengan MyMode.
11. Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar arahan SMS?
Jika tidak berlaku kesesakan talian, anda akan menerima jawapan SMS daripada MyMode hanya dalam beberapa saat dan tidak lebih dari seminit.
12. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bolehkan saya mendaftar semula dengan menggunakan nombor yang sama?
Tidak boleh. Satu no HP hanya boleh didaftarkan untuk satu akaun Mymode sahaja. Memandangkan keahlian mymode adalah seumur hidup, maka ia tidak boleh didaftarkan semula. Jika anda tetap ingin menggunakan nombor lama untuk mendaftar semula dengan kami, pertama anda perlu mengisi borang pertukaran nombor telefon untuk memindahkan keahlian lama anda ke nombor yang lain dari ruangan ahli portal rasmi Mymode dan kemudian fax kepada pihak syarikat.
Setelah proses tersebut selesai barulah nombor lama anda boleh didaftarkan semula



PROMOSI PENDAFTARAN MYMODE HANYA RM50 SEKALI SEUMUR HIDUP « MyMode REload PREpaid SAmbil DApat KOmisen said,
March 29, 2008 at 2:54 pm
[...] PERNIAGAAN /SOAL JAWAB / MUAT TURUN [...]